Friday, March 05, 2010

GurU bujanG DIwajiBKan ke pEDALaMAN?

memeTIk tajUk darI papER UTUSAN

harI Ni DAn semalAm

nI artIkel 04.032010


Guru sedia ke pedalaman - NUTP

KUALA LUMPUR 3 Mac - Penempatan guru di kawasan pedalaman bukan suatu masalah malah golongan itu telah menyahut cabaran tersebut sejak ia dilaksanakan awal 1970-an.

Walaupun terpaksa mengajar dalam keadaan serba kekurangan pada masa itu, guru-guru tersebut masih mampu memastikan anak didik mereka berjaya tanpa memikirkan soal ganjaran.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, keadaan itu berlaku disebabkan semangat patriotisme yang tinggi di kalangan mereka untuk mendidik anak bangsa.

"Saya sendiri pernah ditugaskan mengajar di pedalaman Sarawak pada awal 1970-an dan mampu mengharunginya berbekalkan semangat tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, semangat patriotisme yang tinggi juga secara tidak langsung membantu para guru bertugas secara lebih efektif di kawasan berkenaan.

Justeru, kata beliau, semangat itu perlu disemai sejak di bangku sekolah dan menjadi sebati apabila mereka menempuh alam pekerjaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkata, guru akan diwajibkan bertugas di pedalaman dan luar bandar antara tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan sebagai salah satu langkah mengatasi kekurangan tenaga pengajar di kawasan itu.

Beliau berkata, Kementerian Pelajaran juga akan mewajibkan guru baru mengajar di pedalaman sekali gus mengelakkan sistem pendidikan negara dalam kepincangan berikutan keengganan guru bertugas di kawasan berkenaan.

Hashim menambah, para guru seharusnya menjadi contoh yang baik kepada anak didik mereka dengan menunjukkan semangat patriotisme yang tinggi dalam memberi pendidikan kepada anak bangsa walaupun terpaksa mengajar di pedalaman.

Menurutnya, hanya dengan semangat patriotisme rakyatnya yang tinggi, sesebuah negara itu boleh mencapai kemajuan.


arTIKel 05.03.2010

Cadang perlindungan insurans guru pedalaman

KUALA LUMPUR 4 Mac - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyambut baik cadangan Kementerian Pelajaran yang akan mengambil kira pengalaman golongan guru yang berkhidmat di pedalaman untuk kenaikan pangkat dan pemberian insentif lain.

Setiausaha Agungnya, Loke Yim Pheng berkata, para guru yang berkhidmat di luar bandar mempunyai pengalaman luas dan mereka berhak menerima kenaikan pangkat.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya mahu insentif lain dipertimbangkan untuk menggalakkan golongan guru berkhidmat di kawasan luar bandar.

"Kerajaan boleh memperkenalkan perlindungan insurans khas bagi golongan yang berkhidmat di kawasan pedalaman. Insentif itu bukan untuk semua tetapi mereka yang terpaksa menggunakan bot atau tinggal di kawasan berisiko tinggi.

"Insentif tambahan ini mungkin akan menggalakkan para guru untuk bekerja di kawasan luar bandar dan memberi pengajaran terbaik kepada pelajar di sekolah," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom mengumumkan pengalaman berkhidmat di sekolah luar bandar dan pedalaman akan diambil kira dalam pertimbangan untuk kenaikan pangkat dan pemberian insentif lain termasuk tawaran biasiswa melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi.

Tambah Yim Pheng, bagaimanapun pihaknya sedar terdapat kakitangan awam lain yang berkhidmat di kawasan pedalaman dan berisiko tinggi.

"Oleh itu, kami tidak akan memaksa kerajaan untuk melaksanakan insentif perlindungan insurans khas terhadap golongan guru.

"Setakat ini, kerajaan telah membuat yang terbaik untuk kebajikan para pendidik dan kami sangat menghargainya," kata beliau.


pendApaT Aku

bndA Ni dA LAMa dipERDEBAtkaN ANtara kamI(clasSMAte aK)

sPJg beriTA Ni dikUARkaN

ramaI CLASSmaTE AK

mEnggaLAKKan KEMPen JOM KAHWIN!! (haHA)

smUa dsbabKAn x naK ke pEDALamAN

btW

ak RASa bndA NI x salAH

cUma x naK LA sampAI 5 thUn kaT SItu...

SMPat ak WAt bsnES plaK KAt siTU naNTi..hahA

insenTIf insuRAns memG MENARiK

nmUn begiTu,

ak HRAp ganjARAn yG DIberi Tu X MELAMPau sgT...

RSAu GuRU tU x mnjalANKAn tgUngjwB Dy yG SEPATuTNYa

pgi KE PEDAlamAN SKADar naK KAut UNTunG JEe..

x berkAT DUiT DOwW...

guRU zmN duLu laiN

SMgT tNGgi

akU ADe baCA SEBUah karyA PENULis kiTA

"ANGIN DARI GUNUNG-Mohd Affandi Hassan"

sesuaI uTK oRg2 yG nk tahU PNGoRBANan seoRg gURu tU

apE Yg dilakuKAn oleH SEOrg GURu

yG beradA JAuh diPEDALaMN

DgN SKOla yG HANYa tnGgu MASa runTUh menyembAH BuMI

Dan berhadApan dgN ANak2 murId yG x pastI MASa dpN MEREka...


kesimpULAn akU

terSGt sukaR Utk MNJadI GurU

LAGi2 UTk MNDIdiK JIwA MnjadI guRu

tP

xdE Yg mustahIl selagI akU USAHA

dOakAN AKu~





No comments: